Monday 31 October 2011

Konsert Whitesnake

                                              ROCK....

Tuesday 27 September 2011

Fasha dan Botak (juvana)

Da lame rasenye NN tak post cerita menarik..so ader kesempatan ni, NN nak share tentang drama 'Cinta Elysa'
Actually drama ni baru je di tayangkan...jom la kiter layan ye...

Slot Lestary- setiap hari Selasa jam 9.00pm di TV3..

so malam ni da episode 3. Errrrrmmm layan gak citer ni..ape yg membuatkan NN tertarik dgn drama ni ialah watak Botak Juvana atau nama sebenarnya ialah Johan sbg Aril...sebelum NN merepek panjang jom kiter tgk sinopsis citer ni...

                SINOPSIS CINTA ELYSA

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupu perempuan bernama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman.

Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).

Jasman (lakonan Jalaluddin Hassan) bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.

Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari -- hari.
Elysa gugup apabila berdepan dengan Aril bila mendapat tahu cerita buruk mengenai Aril. Mulanya dia tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril.. :)


Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik.
(Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) .

Demi cintakan  Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin.

Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Menarik bukan kisah cinta antara Aril dan Elysa ni, adakah korang tak sabar nak tengok Botak Juvana berlakon dgn Fasha Sandha.

Fuhh..tengok gambar Fasha dan Botak ni macam ada chemistry je..boleh kot Botak ganti Ady Putra yg sebelum ni pasangan kesukaan Fasha.



Gambar  romantik Botak dan Fasha Sandha











Thursday 16 June 2011

menitis air mata ku kerana nora elina...

Tank u to tv3 kerana menyiarkan drama siri terbaik 'nora elina'..aaron aziz yg macho dan siti saleha yg seksi~plot cerita yg best~telah membuatkan air mata NN gugur bagaikan bola-bola kaca...

boleh kuarkan dvd tak??? hihihihi...

arggghhhhhh...oleh kerana cerita ni, NN terpaksa blk awal, tepat 5.30pm after punch card, tak toleh blkg trs trn & blk utk menatap 'Seth Tan & Nora Elina'....

Rasenye NN da demam tengok cerita ni, mane taknye sedih dan teharu dengan watak Seth Tan, NN percaya ramai wanita di luar sana mengimpikan lelaki yang hensem, romantik, sabar, penyayang, setia, nakal, kaya, dan semuanyalah mcm seth tan....tp hakikatnya dlm cerita jer. rase-rase ade tak lelaki yg mcm seth tan kat luar sana, setahu NN...kita blh jumpe lelaki yg romantik di dalam cerita jer...tak pon klu baca novel...ceh da lame tak berangan...dulu mase NN sekolah rajin jgk baca novel cinta, tu yg sempat bercinta....yuhuuuuuu...
Tapi sayangnya NN kawen bukan dgn lelaki yang NN pernah cintakan dulu...maybe inilah jodoh terbaik NN, NN bahagia dengan 'Mohd Faizal Rizual'...mungkin tak hensem dan kaya macam Seth Tan, tapi hero NN ni ada jgk ciri lain mcm Seth Tan, sabar, romantik, kelakar, penyayang, rajin....& hanya terbaik dari ladang....wawawawa....

TERIMA KASIH MOHD FAIZAL RIZUAL KERANA MENJAGA NURUL NADIA....





Monday 30 May 2011

SALMA JUARA MENTOR 5

TAHNIAH SALMA DAN ERRA

Memang best persembahan Salma mlm tadi!!!...NN suka mase persembahan pembukaan dari Salma.
Lagu yang mantop!!~
Persembahan yang sangat bertenaga~
Penghayatan lagu yang baik~
Memang patut pun Salma dan Erra mendapat kejuaraan
Tapi just NN terkilan persembahan Salma utk lagu yang ke-3 ciptaan Taja...
apepun NN percaya Salma da lakukan yang terbaik...

wah bestnye dapat RM100,000.00....

Shiha dan mentornya, Kak Pah...

Persembahan Shiha malam tadi kurang menyengat...suara da lunak, tapi tiada kelainan daripada Shiha, bagi NN same je persembahan dari minggu2 sebelum ini...tapi NN terpukau dengan persembahan yg ke-3 dari Shihya, lagu ciptaan Ajai tu memang sesuai dengan suara Shiha
Tahniah Shiha dapat ke final & dpt naib juara..yang penting dpt scooter..

Edriqa....

Tahniah Edriqa!!...yang penting Iqa da usaha buat yang terbaik utk family dan peminat Iqa....
dapat RM 10,000.00 pun da okey da...macam-macam boleh buat kan??...tapi NN nak cakap yang iqa sangat beruntung dari Salma dan Shiha kerana iqa dapat mentor yang terbaik...KRU mmg hebat, NN percaya iqa akan pergi jauh dalam industri ini...




Thursday 19 May 2011

NORA ELINA




Drama ni betul-betul buat NN tak senang duduk...setiap Isnin-Khamis, pukul 7.00-8.00pm, di TV3...

'alamak da kul 7pm, Nora Elena da start'...

Ape tunggu lagi...NN akan terpacak dpn TV utk mengikutinya...
NN ada dgr kisah ni di adaptasi dari sebuah novel 'Dendam seorang Isteri' tapi sebenarnya tidak. Kisah Nora Elena ini ialah adaptasi dari novel 'kasih yang suci' karya Meen Zulaikha..ape-ape jom kiter tgk sinopsis drama ini dulu...

SINOPSIS 

Nora Elena (Siti Saleha) adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan Abdullah (Aaron Aziz) yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan sudah di buat dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora Elena dan Seth Tan berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya adalah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora Elena kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berumahtangga dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf dengan perbuatannya  tetapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hati Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?

Sama-samalah kiter saksikan drama ini ye...:)


Pelakon-pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

Ha inilah rupenya Novel 'Kasih Yang Suci' karya Meen Zulaikha..rase macam nak beli je novel ni...tak sabar-sabar rasenya nak tau kisah sepenuhnya. Hahaha NN dapat bayangkan bila NN fokus membaca novel, satu keje tak jadi...jangan haraplah NN akan berhenti membaca...teringat zaman sekolah menengah, NN dan kawan NN, Faizah namanya...kalau da dapat novel, sampai pagi kami stay-up baca novel...orang lain semua stay-up ulangkaji pelajaran, kami ulangkaji novel...hehehehe

So kepada peminat setia novel alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. 

Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Seth adalah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?


Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. 

SINOPSIS BELAKANG NOVEL

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh
diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir
hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi
kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi
suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu.
Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan
tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang
terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun
hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya
merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah
simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia
yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...
Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya
yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling
memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan
menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi
kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Monday 16 May 2011

Mentor 5


Separuh Akhir-1 sudah berakhir. Keempat-empat protege telah membuat persembahan yang memukau. Satu minggu sahaja lagi untuk mengetahui siapa yang bakal ke pentas akhir Mentor 5?

SALMA 

Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh :
Salmah Binti A. Asis
Umur :
21
Asal:
Tawau, Sabah dan anak kelapan dari 9 adik-beradik

Kenapa Mentor?
Semestinya Salma menyertai Mentor kerana minat dalam bidang nyanyian

Harapan:
Saya akan mengambil peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa saya bakal menjadi Juara Mentor. Terima kasih kepada Mentor saya, Erra Fazira kerana memberi saya peluang menjadI Protegenya

ERRA FAZIRA

Hampir 15 tahun berada dalam dunia nyanyian dan lakonan, Erra Fazira bukan sahaja mempunyai 7 album solo semenjak tahun 1994 malah pernah menjadi finalis Anugerah Juara lagu, Anugerah Era dan juga Anugerah Industri Muzik.
Selain itu, Erra Fazira juga mencipta nama dalam bidang lakonan pada tahun yang sama dengan Filem Box Office, Sembilu. Erra Fazira pernah melakonkan pelbagai watak dalam lebih daripada 35 buah filem. Bukan itu sahaja, belia juga berkecimpung dalam pentas Teater.
Bakatnya di nilai apabila Erra Fazira memenangi pelbagai Anugerah melalui Filem Festival Malaysia, Anugerah Skrin dan juga Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Erra juga pernah di nobatkan sebagai Miss Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia dan Miss World 1992 di Botswana.

Yes!! Salma ke pentas akhir...tahniah Salma...NN ucapkan syabas kepada Salma walaupun pada mulanya NN terkedu dengan pengumuman yg di buat oleh ally iskandar...yuhuuuuu itu semuanya gimik, nk bg penonton sms lebih la tu....NN tau salma adalah protege yg paling konsisten~tahniah salma....i love your voice!!!

nIGHT After NigHt

 

Every Saturday & Sunday morning NN akan tgk cerita korea ni...di 8TV jam 9.00am. cerita ni mengisahkan seorang perempuan ( Hur Cho-hee) menyelamatkan dan memulihkan khazanah negara.

Jom NN kenalkan para pelakon yang membintangi cerita "Night After Night"

Hur Cho-hee (Cultural Heritage Administration of Korea, Inspection team of crimes against Cultural Heritages) / Actress Kim Sun-ah
Ayah Hur telah di tangkap sewaktu Hur masih kecil atas tuduhan mencuri khazanah negara. Oleh sebab itu die bertekad utk menjadi Inspektur di Pentadbiran Warisan Budaya Korea bagi memulihkan semula khazanah negara yg telah dicuri oleh ayahnya. oleh kerana sikap ayahnya die terasing dgn pegawai-pegawai di Bahagian Pentadbiran Warisan Budaya. Naif dari segi bercinta sehingga die bertemu dengan Kim Beom-sang....



Kim Beom-sang (Art restorer and expert) / Actor Lee Dong-gun
Seorang ahli terkemuka seni, Kim juga ditugaskan untuk mengesan ketidaksempurnaan dalam pemalsuan khazanah negara. seorang lelaki yang ego, menghormati orang lain dan mempunyai belas kasihan terhadap Hur.