"ermm syg abg tgk yuhee the witch" "yup, cter ni best..." (sambil tersenyum)
da seminggu NN layan CD Yu hee The Witch..BEsT!!!
hahahaha...now da epsd 12..
mase tgk 1st epsd,NN tgh buat cucur badak..disbbkan NN cuti maulidur rasul so NN busy kan diri buat kueh..
Sebelum NN ceritakan pada semua, NN nak kenalkan dulu pelakon-pelakonnya~
* Han Ga-in sebagai Yu-Hee (ditengah)
* Jae Hee sebagai Chae Moo-Ryong (2 dari kanan)
* Dennis Oh sebagai Johnny Crooger (kanan sekali)
* Kim Jeong-hoon sebagai (2 dari kiri)
* Jun Hye-bin sebagai Seung-Mi (kiri sekali)
* Jae Hee sebagai Chae Moo-Ryong (2 dari kanan)
* Dennis Oh sebagai Johnny Crooger (kanan sekali)
* Kim Jeong-hoon sebagai (2 dari kiri)
* Jun Hye-bin sebagai Seung-Mi (kiri sekali)
- Episod 1 - Dalam episod ini penulis mengambil jalan memperkenalkan barisan pelakon. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan penonton memahami jalan cerita yang ingin disampaikan. Plot yang di susun sangat teratur, babak pertama di mulakan dengan pelakon utama iaitu Yu-Hee di pejabatnya, karakter yang ditunjukkan Yu-Hee juga jelas, seorang perempuan yang tegas, garang dan angkuh. Selepas itu penulis memperkenalkan Moo-Ryong sebagai tukang masak yang mempunyai pendirian sendiri dan di ikuti Seung-Mi, girlfriend Moo-Ryong. Penulis juga mengembangkan ceritanya dengan memperkenalkan keluarga Moo-Ryong dan Yu-Hee.
Apabila Moo-Ryong di berhentikan kerja, dia menolong perniagaan keluarganya dengan menghantar mee sos kacang keserata tempat. Pada suatu hari semasa dia sedang menghantar mee sos kacang, sebuah kereta telah menhimpitnya, kerana tidak berpuas hati, Moo-Ryong mengambil keputusan untuk mengejar kereta tersebut. Sehingga sampai di sebuah simpang, Moo-Ryong terlebih corner, ha da terlangar kereta Yu-Hee...
Yu-Hee meminta bayaran ganti rugi sebanyak RM 42juta. RM 2 juta di beri kepada Moo-Ryong untuk memperbaiki moto, so Moo-Ryong berhutang dengan Yu-Hee sebanyak RM 40juta. Untuk menjelaskan bayaran ganti rugi, Moo-Ryong telah mengambil keputusan menjadi pembantu rumah Yu-Hee. Moo-Ryong bukan sahaja mengemas rumah, malah menyediakan masakan untuk Yu-Hee.
Seung Mi (girlfriend Moo-Ryong) bekerja di sebuah restoren terkemuka. Oleh itu dia telah memberitahu kepada Chae Moo-Ryong tentang kehadiran Ketua Tukang Masak di restorennya iaitu Johnny Crooger.
Nantikan episod 2
- Episod 2 -