Monday, 31 October 2011

Konsert Whitesnake

                                              ROCK....

Tuesday, 27 September 2011

Fasha dan Botak (juvana)

Da lame rasenye NN tak post cerita menarik..so ader kesempatan ni, NN nak share tentang drama 'Cinta Elysa'
Actually drama ni baru je di tayangkan...jom la kiter layan ye...

Slot Lestary- setiap hari Selasa jam 9.00pm di TV3..

so malam ni da episode 3. Errrrrmmm layan gak citer ni..ape yg membuatkan NN tertarik dgn drama ni ialah watak Botak Juvana atau nama sebenarnya ialah Johan sbg Aril...sebelum NN merepek panjang jom kiter tgk sinopsis citer ni...

                SINOPSIS CINTA ELYSA

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupu perempuan bernama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman.

Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).

Jasman (lakonan Jalaluddin Hassan) bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.

Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari -- hari.
Elysa gugup apabila berdepan dengan Aril bila mendapat tahu cerita buruk mengenai Aril. Mulanya dia tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril.. :)


Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik.
(Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) .

Demi cintakan  Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin.

Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Menarik bukan kisah cinta antara Aril dan Elysa ni, adakah korang tak sabar nak tengok Botak Juvana berlakon dgn Fasha Sandha.

Fuhh..tengok gambar Fasha dan Botak ni macam ada chemistry je..boleh kot Botak ganti Ady Putra yg sebelum ni pasangan kesukaan Fasha.



Gambar  romantik Botak dan Fasha Sandha











Thursday, 16 June 2011

menitis air mata ku kerana nora elina...

Tank u to tv3 kerana menyiarkan drama siri terbaik 'nora elina'..aaron aziz yg macho dan siti saleha yg seksi~plot cerita yg best~telah membuatkan air mata NN gugur bagaikan bola-bola kaca...

boleh kuarkan dvd tak??? hihihihi...

arggghhhhhh...oleh kerana cerita ni, NN terpaksa blk awal, tepat 5.30pm after punch card, tak toleh blkg trs trn & blk utk menatap 'Seth Tan & Nora Elina'....

Rasenye NN da demam tengok cerita ni, mane taknye sedih dan teharu dengan watak Seth Tan, NN percaya ramai wanita di luar sana mengimpikan lelaki yang hensem, romantik, sabar, penyayang, setia, nakal, kaya, dan semuanyalah mcm seth tan....tp hakikatnya dlm cerita jer. rase-rase ade tak lelaki yg mcm seth tan kat luar sana, setahu NN...kita blh jumpe lelaki yg romantik di dalam cerita jer...tak pon klu baca novel...ceh da lame tak berangan...dulu mase NN sekolah rajin jgk baca novel cinta, tu yg sempat bercinta....yuhuuuuuu...
Tapi sayangnya NN kawen bukan dgn lelaki yang NN pernah cintakan dulu...maybe inilah jodoh terbaik NN, NN bahagia dengan 'Mohd Faizal Rizual'...mungkin tak hensem dan kaya macam Seth Tan, tapi hero NN ni ada jgk ciri lain mcm Seth Tan, sabar, romantik, kelakar, penyayang, rajin....& hanya terbaik dari ladang....wawawawa....

TERIMA KASIH MOHD FAIZAL RIZUAL KERANA MENJAGA NURUL NADIA....





Monday, 30 May 2011

SALMA JUARA MENTOR 5

TAHNIAH SALMA DAN ERRA

Memang best persembahan Salma mlm tadi!!!...NN suka mase persembahan pembukaan dari Salma.
Lagu yang mantop!!~
Persembahan yang sangat bertenaga~
Penghayatan lagu yang baik~
Memang patut pun Salma dan Erra mendapat kejuaraan
Tapi just NN terkilan persembahan Salma utk lagu yang ke-3 ciptaan Taja...
apepun NN percaya Salma da lakukan yang terbaik...

wah bestnye dapat RM100,000.00....

Shiha dan mentornya, Kak Pah...

Persembahan Shiha malam tadi kurang menyengat...suara da lunak, tapi tiada kelainan daripada Shiha, bagi NN same je persembahan dari minggu2 sebelum ini...tapi NN terpukau dengan persembahan yg ke-3 dari Shihya, lagu ciptaan Ajai tu memang sesuai dengan suara Shiha
Tahniah Shiha dapat ke final & dpt naib juara..yang penting dpt scooter..

Edriqa....

Tahniah Edriqa!!...yang penting Iqa da usaha buat yang terbaik utk family dan peminat Iqa....
dapat RM 10,000.00 pun da okey da...macam-macam boleh buat kan??...tapi NN nak cakap yang iqa sangat beruntung dari Salma dan Shiha kerana iqa dapat mentor yang terbaik...KRU mmg hebat, NN percaya iqa akan pergi jauh dalam industri ini...




Thursday, 19 May 2011

NORA ELINA




Drama ni betul-betul buat NN tak senang duduk...setiap Isnin-Khamis, pukul 7.00-8.00pm, di TV3...

'alamak da kul 7pm, Nora Elena da start'...

Ape tunggu lagi...NN akan terpacak dpn TV utk mengikutinya...
NN ada dgr kisah ni di adaptasi dari sebuah novel 'Dendam seorang Isteri' tapi sebenarnya tidak. Kisah Nora Elena ini ialah adaptasi dari novel 'kasih yang suci' karya Meen Zulaikha..ape-ape jom kiter tgk sinopsis drama ini dulu...

SINOPSIS 

Nora Elena (Siti Saleha) adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan Abdullah (Aaron Aziz) yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan sudah di buat dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora Elena dan Seth Tan berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya adalah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora Elena kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berumahtangga dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf dengan perbuatannya  tetapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hati Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?

Sama-samalah kiter saksikan drama ini ye...:)


Pelakon-pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

Ha inilah rupenya Novel 'Kasih Yang Suci' karya Meen Zulaikha..rase macam nak beli je novel ni...tak sabar-sabar rasenya nak tau kisah sepenuhnya. Hahaha NN dapat bayangkan bila NN fokus membaca novel, satu keje tak jadi...jangan haraplah NN akan berhenti membaca...teringat zaman sekolah menengah, NN dan kawan NN, Faizah namanya...kalau da dapat novel, sampai pagi kami stay-up baca novel...orang lain semua stay-up ulangkaji pelajaran, kami ulangkaji novel...hehehehe

So kepada peminat setia novel alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. 

Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Seth adalah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?


Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. 

SINOPSIS BELAKANG NOVEL

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh
diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir
hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi
kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi
suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu.
Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan
tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang
terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun
hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya
merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah
simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia
yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...
Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya
yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling
memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan
menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi
kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Monday, 16 May 2011

Mentor 5


Separuh Akhir-1 sudah berakhir. Keempat-empat protege telah membuat persembahan yang memukau. Satu minggu sahaja lagi untuk mengetahui siapa yang bakal ke pentas akhir Mentor 5?

SALMA 

Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh :
Salmah Binti A. Asis
Umur :
21
Asal:
Tawau, Sabah dan anak kelapan dari 9 adik-beradik

Kenapa Mentor?
Semestinya Salma menyertai Mentor kerana minat dalam bidang nyanyian

Harapan:
Saya akan mengambil peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa saya bakal menjadi Juara Mentor. Terima kasih kepada Mentor saya, Erra Fazira kerana memberi saya peluang menjadI Protegenya

ERRA FAZIRA

Hampir 15 tahun berada dalam dunia nyanyian dan lakonan, Erra Fazira bukan sahaja mempunyai 7 album solo semenjak tahun 1994 malah pernah menjadi finalis Anugerah Juara lagu, Anugerah Era dan juga Anugerah Industri Muzik.
Selain itu, Erra Fazira juga mencipta nama dalam bidang lakonan pada tahun yang sama dengan Filem Box Office, Sembilu. Erra Fazira pernah melakonkan pelbagai watak dalam lebih daripada 35 buah filem. Bukan itu sahaja, belia juga berkecimpung dalam pentas Teater.
Bakatnya di nilai apabila Erra Fazira memenangi pelbagai Anugerah melalui Filem Festival Malaysia, Anugerah Skrin dan juga Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Erra juga pernah di nobatkan sebagai Miss Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia dan Miss World 1992 di Botswana.

Yes!! Salma ke pentas akhir...tahniah Salma...NN ucapkan syabas kepada Salma walaupun pada mulanya NN terkedu dengan pengumuman yg di buat oleh ally iskandar...yuhuuuuu itu semuanya gimik, nk bg penonton sms lebih la tu....NN tau salma adalah protege yg paling konsisten~tahniah salma....i love your voice!!!

nIGHT After NigHt

 

Every Saturday & Sunday morning NN akan tgk cerita korea ni...di 8TV jam 9.00am. cerita ni mengisahkan seorang perempuan ( Hur Cho-hee) menyelamatkan dan memulihkan khazanah negara.

Jom NN kenalkan para pelakon yang membintangi cerita "Night After Night"

Hur Cho-hee (Cultural Heritage Administration of Korea, Inspection team of crimes against Cultural Heritages) / Actress Kim Sun-ah
Ayah Hur telah di tangkap sewaktu Hur masih kecil atas tuduhan mencuri khazanah negara. Oleh sebab itu die bertekad utk menjadi Inspektur di Pentadbiran Warisan Budaya Korea bagi memulihkan semula khazanah negara yg telah dicuri oleh ayahnya. oleh kerana sikap ayahnya die terasing dgn pegawai-pegawai di Bahagian Pentadbiran Warisan Budaya. Naif dari segi bercinta sehingga die bertemu dengan Kim Beom-sang....



Kim Beom-sang (Art restorer and expert) / Actor Lee Dong-gun
Seorang ahli terkemuka seni, Kim juga ditugaskan untuk mengesan ketidaksempurnaan dalam pemalsuan khazanah negara. seorang lelaki yang ego, menghormati orang lain dan mempunyai belas kasihan terhadap Hur. 







Sunday, 3 April 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010/2011

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG...

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Shaheizy Sham

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Lisa Surihani

PELAKON TV LELAKI POPULAR
Remy Ishak

PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Zizan

ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR
Noorkhiriah

PENGACARA TV LELAKI POPULAR
Aznil Nawawi

PENGACARA TV WANITA POPULAR
Farah Fauzana

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
Faizal Ismail

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Fara Fauzana

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
6ixth Sense

PENYANYI NASYID POPULAR
Rabbani

ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Shahir

ARTIS BARU WANITA POPULAR
Ana Raffali

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT
Dato' Rosnani Jamil

ARTIS LELAKI POPULAR
Faizal Tahir

ANUGERAH ARTIS MOBILE POPULAR
6ixth Sense

PENYANYI WANITA POPULAR
Yuna

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH) 2010
Shaheizy Sam

al-kisahnya~cuciter cuciter...nape la NN xcited sangat nk nengok ABPBH malam ni.Ermmm...padahal boleh je nengok kat rumah opah.Disebabkan saiz TV di rumah opah tak sesuai dengan sekelian cucu-cucu & cicit-cicitnya maka NN dan yg lain pon berangkat la pulang ke KL.Kami semua nak nengok ABPBH kat rumah mama, hajat di hati nk nengok kat genting..HUHUHU :)..tanpa membuang masa kami pon bersiap ler, mule2 kena la amek giliran nak mandi.Bilik ayor nye ade satu. aishhh...tapi boleh je mandi beramai-ramai sebab kolah kat rumah opah besor... saje je deme ni nak nunggu giliran.

da habis mandi & bersiap, NN makan dulu..malas nak masak malam ni.dah habis bersiap kami pon bawak ler turun beg-beg & terus masukkan dalam boot kereta...penoh boot dengan buah durian, rambutan, tempoyak. nasib baik la manggis, langsat, dukong, rambai tak menjadi, kalau tak semuanye nk diangkut ke KL..hbs semua NN da masukkan dalam boot kereta...ha ape lagi, moh le gerak balik...

Traffic slow la pulak.....KE TEPI~KE TEPI~KE TEPI~


Wednesday, 9 March 2011

He's BeauTiFuL

hahahaha...best2 tu je yg boleh NN katekan, NN mmg da gile tgk citer korea...asal balik dr keje NN & husband dok layan citer korea...pastu bile da tgk ssh plak nak b'henti..kami ni da berpenyakit ~HELP ME~ HELP ME~HELP ME~

malam tadi NN layan citer "He's beautiful"...da smpai episod 5, jam plak da kul 10pm...layan punye layan sampai la episod 7~alamak jam da kul 1.15am.esk NN nk keje, ade perhimpunan bulanan plak tu...

arghhhh...(dlm hati NN) geram je nk tgk next episod
mate abang x ngantok lg (ini ayat husband NN)

mase tgk episod 7 boleh plak NN nanges..wawawa.NN xleh control nangis...sedihla episod 7 ni~
"ce citer, ce citer...."

(mase Mi Nam buat luahan tentang 'bintang' kat Tae-Kyung):

Tae-Kyong ade penyakit rabun ayam, so bile dlm gelap Tae-Kyung x leh nampak dgn jelas...
Mi Nam pon buatla luahan...aiseyyyy part ni yg NN menahan air mata...Mi Nam sdg pandang bintang yg bersinar di dpnnye (sambil pandang Tae-Kyung)...alamak romantiknye...


inilah die Tae-Kyung...cute kan???
nama sebenarnye ialah Jang Geun Suk
Jang Geun Suk adalah bintang korea yg paling bersinar 2010...


ini pulak Mi Nam...
cantik & comey...

Thursday, 3 March 2011

Teater Muzikal Terima Kasih Cinta (TKC) VS Filem Cinta

Pelakon Teater Muzikal Terima Kasih Cinta (TKC) antaranya ialah:
* Latif Ibrahim sebagai Elyas
* Safura sebagai Rubiah
* Diddy Hirdy sebagai Amin
* Tony Eusoff sebagai Hariss
* Norish Karman sebagai Airin
* Shajiry Damery sebagai Azlan
* Farahdhiya sebagai Azura
* Anding Idrawani sebagai Dhani
* Deja Moss sebagai Dian
* Vince Chong sebagai Taufik
* Nadia Aqilah sebagai Ariana
 tidak di lupakan 20 orang esemble yang banyak menyokong perjalanan teater muzikal TKC. Ada antara mereka dikenali dan berbakat besar seperti Sharifah Aleeya yang turut memegang peranan sebagai pemilik kedai buku, Akma AF, Qhaud, Eliza dan bintang muda yang semakin mencipta nama di pentas teater, Amar.

Mengangkat karya asal filem kepada teater muzikal bukan satu kerja mudah...ia memerlukan keberanian dan usaha yang tinggi untuk dilaksanakan. Apatah lagi filem tersebut pernah diangkat sebagai karya terbaik...

Antara Pencapaian Filem Cinta:
Festival Filem Malaysia Ke-20,10 pencalonan
  • Filem Terbaik (pemenang)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik -Datuk Rahim Razali (pemenang)
  • Penyunting Terbaik -Akash Singh(Pemenang)
  • Lakon Layar Terbaik -Mira Mustapha(Pemenang)
  • Penataan Seni Terbaik-Tee Kim
  • Sinematografi Terbaik-Madnor Kassim
  • Pelakon Wanita Terbaik -Sharifah Amani
  • Cerita Asal Terbaik-Mira Mustapha & Ara
  • Pereka Kostum/Busana Terbaik-Moon
  • Poster Terbaik
Walaupun ada yang mengatakan teater Terima Kasih Cinta ini tidak sehebat filem Cinta tetapi NN nak ucapkan SYABAS!!! kepada semua pelakon yang berusaha keras dari 17 Feb - 6 Mac 2011 di Panggung Sari, Istana Budaya dengan 19 persembahan semuanya.

Bagi NN, tidak semua pelakon filem boleh berlakon teater dan pelakon teater sebenarnya adalah antara yang paling hebat kerana mereka mempunyai kekuatan dari banyak aspek antaranya adalah emosi. NN sangat tertarik dengan emosi yang di tunjukkan oleh Safura sebagai Rubiah, seorang wanita yang cekal dalam mengejar cintanya sehingga dia bertemu dengan seseorang yang terbaik bagi mengubat kesepian. Emosi Rubiah kepada Cikgu Elyas sangat jelas, bukan sahaja semasa berdialog malah turut diletakkan emosi dalam nyanyianya.



Lynn & NN..berdiri di sebelah banner TKC


ini dia Tshirt TKC...

ini dia pelakon2 TKC


kenal tak sape tu....??? cu citer cu citer...hahahhaaa

Wednesday, 23 February 2011

YU HEE THE WITCH

"ermm syg abg tgk yuhee the witch"
"yup, cter ni best..." (sambil tersenyum)

da seminggu NN layan CD Yu hee The Witch..BEsT!!!

hahahaha...now da epsd 12..

mase tgk 1st epsd,NN tgh buat cucur badak..disbbkan NN cuti maulidur rasul so NN busy kan diri buat kueh..


Sebelum NN ceritakan pada semua, NN nak kenalkan dulu pelakon-pelakonnya~

* Han Ga-in sebagai Yu-Hee (ditengah)
* Jae Hee sebagai Chae Moo-Ryong (2 dari kanan)
* Dennis Oh sebagai Johnny Crooger (kanan sekali)
* Kim Jeong-hoon sebagai (2 dari kiri)
* Jun Hye-bin sebagai Seung-Mi (kiri sekali)


  • Episod 1 - Dalam episod ini penulis mengambil jalan memperkenalkan barisan pelakon. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan penonton memahami jalan cerita yang ingin disampaikan. Plot yang di susun sangat teratur, babak pertama di mulakan dengan pelakon utama iaitu Yu-Hee di pejabatnya, karakter yang ditunjukkan Yu-Hee juga jelas, seorang perempuan yang tegas, garang dan angkuh. Selepas itu penulis memperkenalkan Moo-Ryong sebagai tukang masak yang mempunyai pendirian sendiri dan di ikuti Seung-Mi, girlfriend Moo-Ryong. Penulis juga mengembangkan ceritanya dengan memperkenalkan keluarga Moo-Ryong dan Yu-Hee.
Dalam episod ini juga Yu-Hee sedang mencari jodoh, tetapi kerana sikapnya yang angkuh & berani, semua lelaki tidak menerimanya. Moo-Ryong juga antara lelaki yang telah berjumpa dengan Yu-Hee atas permintaan kawannya.

Apabila Moo-Ryong di berhentikan kerja, dia menolong perniagaan keluarganya dengan menghantar mee sos kacang keserata tempat. Pada suatu hari semasa dia sedang menghantar mee sos kacang, sebuah kereta telah menhimpitnya, kerana tidak berpuas hati, Moo-Ryong mengambil keputusan untuk mengejar kereta tersebut. Sehingga sampai di sebuah simpang, Moo-Ryong terlebih corner, ha da terlangar kereta Yu-Hee...

Yu-Hee meminta bayaran ganti rugi sebanyak RM 42juta. RM 2 juta di beri kepada Moo-Ryong untuk memperbaiki moto, so Moo-Ryong berhutang dengan Yu-Hee sebanyak RM 40juta. Untuk menjelaskan bayaran ganti rugi, Moo-Ryong telah mengambil keputusan menjadi pembantu rumah Yu-Hee. Moo-Ryong bukan sahaja mengemas rumah, malah menyediakan masakan untuk Yu-Hee.

Seung Mi (girlfriend Moo-Ryong) bekerja di sebuah restoren terkemuka. Oleh itu dia telah memberitahu kepada Chae Moo-Ryong tentang kehadiran Ketua Tukang Masak di restorennya iaitu Johnny Crooger.

Nantikan episod 2
  • Episod 2 -