* Latif Ibrahim sebagai Elyas
* Safura sebagai Rubiah
* Diddy Hirdy sebagai Amin
* Tony Eusoff sebagai Hariss
* Norish Karman sebagai Airin
* Shajiry Damery sebagai Azlan
* Farahdhiya sebagai Azura
* Anding Idrawani sebagai Dhani
* Deja Moss sebagai Dian
* Vince Chong sebagai Taufik
* Nadia Aqilah sebagai Ariana
tidak di lupakan 20 orang esemble yang banyak menyokong perjalanan teater muzikal TKC. Ada antara mereka dikenali dan berbakat besar seperti Sharifah Aleeya yang turut memegang peranan sebagai pemilik kedai buku, Akma AF, Qhaud, Eliza dan bintang muda yang semakin mencipta nama di pentas teater, Amar.
Mengangkat karya asal filem kepada teater muzikal bukan satu kerja mudah...ia memerlukan keberanian dan usaha yang tinggi untuk dilaksanakan. Apatah lagi filem tersebut pernah diangkat sebagai karya terbaik...
Antara Pencapaian Filem Cinta:
Festival Filem Malaysia Ke-20,10 pencalonan
- Filem Terbaik (pemenang)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik -Datuk Rahim Razali (pemenang)
- Penyunting Terbaik -Akash Singh(Pemenang)
- Lakon Layar Terbaik -Mira Mustapha(Pemenang)
- Penataan Seni Terbaik-Tee Kim
- Sinematografi Terbaik-Madnor Kassim
- Pelakon Wanita Terbaik -Sharifah Amani
- Cerita Asal Terbaik-Mira Mustapha & Ara
- Pereka Kostum/Busana Terbaik-Moon
- Poster Terbaik
Bagi NN, tidak semua pelakon filem boleh berlakon teater dan pelakon teater sebenarnya adalah antara yang paling hebat kerana mereka mempunyai kekuatan dari banyak aspek antaranya adalah emosi. NN sangat tertarik dengan emosi yang di tunjukkan oleh Safura sebagai Rubiah, seorang wanita yang cekal dalam mengejar cintanya sehingga dia bertemu dengan seseorang yang terbaik bagi mengubat kesepian. Emosi Rubiah kepada Cikgu Elyas sangat jelas, bukan sahaja semasa berdialog malah turut diletakkan emosi dalam nyanyianya.
Lynn & NN..berdiri di sebelah banner TKC
ini dia Tshirt TKC...
ini dia pelakon2 TKC
kenal tak sape tu....??? cu citer cu citer...hahahhaaa




No comments:
Post a Comment